YN 9
JANUARI 2008.
Esok sekolah sudah dibuka semula. Bermakna esok
akan bermulalah perjalanan aku sebagai seorang pelajar SPM. Ai, sejak bila
pulak aku jadi skema ni? Omelku sendiri.
Aku meneruskan langkah sambil menjinjit beberapa beg plastik berisi barang-barang persekolahan dan alat tulis baru.
“Opss!”
“Maafkan saya. Saya tak sengaja,” kataku apabila terlanggar seseorang di simpang jalan. Hampir semua barang-barangku terkeluar daripada beg plastik yang terlepas dari tanganku.
“Tak, salah saya. Jalan tak tengok depan,” katanya pula lembut. Lelaki. Macam kenal saja suaranya. Sambil mengutip semua barang-barang termasuk buku-buku yang berselerak, aku mendongak memandang wajahnya. Bulat mataku memandangnya.
Adif juga agak terkejut melihatku. Maklumlah kali terakhir kami berjumpa adalah bulan lepas. Desember 2007. Dia cuba tersenyum walaupun jelas kelihatan sedikit kalut.
“Awak buat apa kat sini?” pertanyaannya membuatkanku terpinga-pinga seketika. Lantas aku berdehem, menghilangkan gugup yang bertandang tiba-tiba.
“Saya datang beli barang sekolah. Tak sangka jumpa awak kat sini.”
“Ya ke? Eh, jom sembang kat kedai makan. Kedai mamak ke? Kan dah lama kita tak jumpa,” pelawanya tiba-tiba. Aku diam seketika.
“Kedai mamak je? Kalau betul nak ajak, ajaklah pergi restoran. Kopitiam ke?” saja aku berseloroh. Menutup rasa hairan di hati kenapa dia tiba-tiba mengajak aku minum tiba-tiba.
“Nak masuk restoran, nak kena pakai banyak duit. Saya ni orang kampung je. Berapa sen jelah yang ada dalam kocek saya ni ha,” katanya. Aku tak tahu sama ada dia sekadar berseloroh atau seperti memerli aku. Aku sekadar membalas dengan senyuman.
Malas hendak kata apa-apa, aku hanya memandang belakang Adif yang mula melangkah ke seberang jalan. Kemudian dia berpaling ke belakang.
“Tunggu apa lagi? Kata nak minum kat restoran?” soalnya. Aku terpinga-pinga.
“Eh, awak! Kalau awak tak ada duit tak apalah. Saya tak suruh awak belanja pun. Tak apa, nanti saya bayar sendiri. Kita pergi kedai mamak je, jom?” kelam kabut aku seketika. Apatah lagi dengan barang-barang yang banyak, menyukarkan aku berjalan menyainginya.
“Banyak cakap pulak awak ni. Jomlah,” katanya sambil meraih barang-barang di tanganku. Sebelah lagi tangannya meraih tanganku untuk dipimpin melintasi jalan yang agak sibuk pada ketika ini. Hampir luruh jantung aku dengan tindakan drastiknya. Beraninya dia.
Kami mengambil tempat duduk yang paling hujung yang kurang bingit berbanding di dalam kedai. Senang sedikit untuk berbual. Kulihat Adif meletakkan sebuah majalah dengan kapal terbang sebagai cover page dia atas meja. Setelah memesan minuman dan makanan, aku terus mendekatkan badan ke meja.
“Awak kata tadi tak ada duit. Kenapa pesan banyak sangat makanan?” soalku serta merta. Dia menjongketkan kening.
“Saya lapar. Sebab tu saya pesan banyak makanan. Lagi pun tadi awak kata awak nak bayar kan?” katanya.
Aku ternganga.
“Saya tak kata pun yang saya nak belanja awak.” Aku kembali menyandar di kerusi. Menyepetkan mata dan mengetap bibir. Tiba-tiba Adif ketawa kuat sehingga beberapa pelanggan lain turut memandang kami dengan pandangan kurang senang.
“Awak percaya cakap saya? Saya gurau jelah. I’ll never let girls spend their money for me, you know?” Adif ketawa lagi. Aku hanya mampu mengeruh dan kemudian tersenyum. Speaking London pulak dia.
“Okey. Erm, saya ada benda nak tanya,” kataku.
“Apa dia? Tanya ajelah.”
“Majalah apa yang awak baca tu?” soalku sambil menunding jari ke arah majalah yang diletak di bawah sikunya. Sambil mengangkat sikunya dia menjeling ke arahku.
“Ini? Majalah biasa je. Ada artikel pasal kapal terbang dalam isu ni. Sebab tu beli.”
“Awak suka kapal tebang eh?”
“Tak la sangat. Tapi impian saya suatu hari nanti saya nak terbang. Sebab saya suka langit biru.” Aku memandang muka Adif yang berseri-seri menceritakan tentang impiannya.
“Awak nak jadi pilot?”
Dia mengangguk.
“Kalau macam tu mesti awak ni pandai kan? Mesti awak rajin belajar sebab nak jadi pilot. Setahu saya orang-orang pandai je yang boleh jadi pilot.” Lancar sahaja mulut aku bercakap. Tanpa aku sedari riak wajahnya berubah.
“Kenapa, saya ada salah cakap ke?” soalku apabila melihat raut wajahnya. Serba salah aku jadinya.
“Tak. Tak ada. Cuma…saya ni bukannya pandai sangat,” katanya perlahan.
“Awak, tak payahlah nak merendah diri sangat. Cakap je dengan saya. Kita ni kan kawan.” Aku cuba memujuk. Aku sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya aku nak tahu dan untuk apa aku cuba memujuk Adif.
“Tak. Saya serius. Saya memang tak pandai pun. Terbang tu cuma impian je. Tak semestinya akan tercapai.”
“Okey. Awak tahu, saya pun sukakan langit. Siang atau pun malam dua-dua saya suka. Dan saya rasa awak patut cari matlamat awak sendiri untuk terbang. Saya tak rasa ia cuma angan-angan. Awak nampak berminat sangat nak terbang. So, awak patut cuba realisasikan impian tu.” Usai aku bermotivasi, kulihat Adif tersenyum lagi. Mesti ada apa-apa yang hendak dikomennya tu.
“Awak bercakap macam senang je kan.”
“Memang senang pun. Cakap je apa yang terlintas.”
“Awak ni nampak je kecik kan. Tapi fikiran awak sebenarnya dah matang,” katanya lagi sambil menyisip minumannya.
“Saya ni matang?” soalku pula. Aku pelik dengan tanggapannya terhadap aku kerana selama ini tak pernah ada orang yang mengatakan aku ni matang dari usia sebenar.
“Saya yang pangkat abang dari awak ni pun dah tak ada apa-apa nak cakap untuk balas kata-kata awak tu.” Aku tergelak mendengar kata-katanya. Garpu di tangan aku guna untuk menguis ayam chicken chop di dalam pinggan.
“Tapi kan, bila dengar kata-kata awak tu. Saya rasa semangat pulak nak kejar angan-angan tu. Saya nak jadikan itu sebagai cita-cita saya. Nanti bila dah ada lesen kapal terbang, saya bawak awak melancong seluruh dunia,” katanya dengan bangga. Siap dengan tangannya digawangkan untuk menggambarkan dunia yang dibayangkannya.
“Eh, apa pulak bawak saya? Awak patut bawak mak ayah awak dulu tengok-tengok dunia. Diorang lebih utama tau,” kataku tidak bersetuju dengan cadangannya. Yalah, siapa aku ni nak melancong serata dunia dengan dia?
“Tak ada makna la awak. Mak saya keluar masuk kat imigresen je pun dah lebih empat belas kali setahun. Ayah pulak dah dekat lima tahun meninggal. Sekarang saya tinggal dengan nenek je lepas mak kahwin lain.” Bersahaja kulihat air mukanya. Aku terdiam sekejap. Adif kelihatan tabah dan begitu terbuka menceritakan kisah hidupnya meskipun pahit.
“Maaflah kalau saya buat awak teringat kisah lama,” kataku agak menyesal walaupun aku yakin Adif seperti tidak terasa apa-apa pun.
“Taklah. Saya tak kisah. Lagi pun saya ni jenis open minded,” ujarnya sambil menghabiskan minumannya. Chicken chop dalam pingganku pun sudah habis.
“Dah? Jom balik. Dah lewat sangat ni. Kejap lagi masuk Asar,” ajaknya. Dia menyeluk saku seluar dan mengeluarkan dompet. Aku segera berdiri.
“Serius awak belanja ni?” soalku. Adif senyum lagi.
“You know, saya ni agak loaded jugak tau? So, awak bertuah sangat kenal dengan saya. Lain kali kita boleh keluar lagi. Saya belanja.”
“Menyampah!” Aku menumbuk lengannya bila tersedar yang dia cuma berloyar buruk denganku.

***
No comments:
Post a Comment