Monday, 19 May 2014

Cinta2Musim 3-4

YN 3
AKU tercari-cari tempat duduk yang masih kosong. Ah, ada pun! Di belakang sekali. Sebaik sahaja bas hendak bergerak, tiba-tiba pemandu bas membrek semula. Ada seorang pelajar lelaki yang mahu menaiki bas yang sama.          
          Aku pandang dia. Biasalah, fenomena normal bila menaiki bas mesti penumpang yang lain akan memandang kita dengan pandangan yang aneh. Apatah lagi bila berdepan situasi macam mamat ni. Tertinggal bas.    
          Dia menuju ke arahku. Aku menjongket kening tanda hairan. Rupanya masih ada kerusi kosong di sebelahku. Aisy, nasib baik aku tak gatal mulut bertanya kenapa dia pandang aku. Kalau tak, buat malu je.     
          Tiba-tiba aku tertarik dengannya sebab aku tak pernah melihat dia di sekolah. Aku cuba‘mengintip’ lencana sekolah di baju seragamnya. Nasib baik dia tidak perasan. Dua tiga kali jeling aku akhirnya berjaya. Sekolah menengah yang terletak tidak berapa jauh dari sekolahku kini. Sepuluh minit menaiki motorsikal sahaja.   
          Tapi kenapa dia naik bas dari sini? Pelik. Tapi benar aku nampak dia naik dari sini. Aku jeling lagi buku teks yang dipegangnya. Buku teks Ekonomi Tingkatan Enam. Oh, budak STPM rupanya!   
          Tapi, kenapa aku ni nak menyibuk pulak? Macam tak ada kerja lain nak buat.          
          Sempat aku termenung di dalam bas biarpun perjalanan bas cuma mengambil masa kurang sepuluh minit sahaja. Bas sudah berhenti di simpang jalan menuju ke rumah aku. Selepas aku turun dari bas, sempat aku mencuri pandang budak lelaki tadi. Dia juga turun di situ. Tiba-tiba dia menoleh ke arahku.      
          Ah, sudah! Terkantoi la pulak! Aku buat-buat tak tahu dan terus berjalan tanpa memandang kiri dan kanan lagi.
***
YN 4
“FUH, lega! Exam dah habis.Balik ni aku nak tidur puas-puas,” teriak Noty macam dia seorang saja yang periksa.Aku hanya menggeleng kepala.Kemudian kutoleh Erica dibelakangku.    
          “Amacam paper tadi? Ok tak?” tanyaku kepada Erica. 
          “Ok kau cakap? Aku masih hidup ni pun dah cukup bernasib baik dah. Kalau tak aku dah padam dah disebabkan otak aku black out teruk tadi.”Erica kelihatan menarik muka masam menandakan dia serius dengan apa yang dikatakannya itu.        
          “Itulah kau.Entah baka mana pun aku tak tahulah. Selalu kan budak-budak Chinese ni semua otak genius-genius. Tapi kau ni terbalik pulak. Masa mak kau mengandungkan kau, dia makan apa hah? Sampai otak kau jadi lembab macam ni?”      
          “Ewah-ewah, Noty! Sesedap mulut kau je mengata aku ya? Siap dengan namamy mom pun naik sekali. Otak aku bukan lembab macam otak kau. Cuma aku kurang ulang kaji mata pelajaran je.” Erica cuba membela diri.      
          “Eleh, tak mengakulah tu. Setakat pandai bahasa Inggeris tu apalah sangat.”Noty pula pula masih tidak berpuas hati.Aku sekadar menjadi pemerhati sahaja.Sekali sekala seronok juga melihat Erica dan Noty bergaduh.Bagaikan mahu runtuh bangunan kelas ini.   
          “Eh, bahasa Ingeris tu penting tau.Nanti nak interview kerja senang.Tak adalah tergagap-gagap nak jawab soalan.”  
          “Hah, eloklah tu! Kalau result tak cantik, siapa yang nak ambik kau bekerja? Jawab! Jawab!”      
          “Orang sekarang tak tengok result sangatlah.Dia tengok kemampuan kita.Banyak mana pengetahuan kita.Berapa banyak kita boleh bagi kat company diorang.” 
          “Eh, yang korang berbahas ala perlimen ni kenapa? Cukup-cukuplah tu. Dah penat telinga aku dengar korang bertekak kat sini.Tu, tak nampak orang semua dah balik?Korang tak nak balik ke? Aku dah nak blah ni,” potongku tiba-tiba. Kurang asam betul budak dua ekor ini.Menyalahgunakan peluang yang aku bagi lebih-lebih pula.        
          “Noty ni yang mulakan dulu. Aku cuma mempertahankan nama baik mak aku. Tu je,” kata Erica. 
          “Yalah tu. Kau tu Cina celup. Sebab tu kau bengap,” balas Noty pula.     
          “Dah tau aku ni minah celup, yang kau nak mengata aku lagi tu kenapa?” tanya Erica lagi. Minah ini dah mula meradang nampaknya.
          “Aku kata sudah! Hisy, jom baliklah. Korang kalau aku biarkan sampai kiamat pun tak habis tau.” Aku menyandang beg hitamku dan segera melangkah keluar.
          Kalau diikutkan hati malas aku hendak melayan kerenah mereka berdua. Tapi apakan daya, kedudukan aku memang penting untuk memastikan pertengkaran mereka tidak sampai tangan naik ke kepala.  
          Fasal Erica si minah celup tu pula, bukanlah bermakna dia itu anak kacukan. Dia cina asli. Cuma disebabkan keluarganya satu-satunya keluarga cina yang tinggal di daerah ni, jadi sedari kecil dia sudah bergaul dengan anak-anak Melayu. Secara automatiknya cara percakapannya lebih ke arah kemelayuan. Sehingga bahas Melayunya lebih fasih dari bahasa Cinanya.    
          Semasa menuju ke pagar utama sekolah, tiba-tiba aku ternampak kelibat Aeril. Saja aku buat tidak tahu. Harap-harap dia tidak nampak aku dan kawan aku berdua pun tidak nampak dia. Tapi harapan aku tinggal harapan sajalah.       
          “Yuri, nampak tak tu?” Noty memuncungkan mulutnya ke arah pagar sekolah.
          “Hmm.” Balasku pendek.        
          “Orait. Kitorang pergi dululah.” Sepantas kilat Erica dan Noty ‘chow’ dengan Honda bulat Noty. Mentang rumah diorang dekat, ditinggalkan aku macam kayu buruk kat sini. Nasib badanlah aku terpaksa berebut dan berhimpit dalam bas setiap hari.      
          “Yuri, tunggu kejap!” panggil Aeril. Aku berhenti sejenak. Mujurlah kebanyakan pelajar dah balik. Jam ditangan sudah pukul 2.10 petang.     
          “Nak apa?” soalku kepada Aeril.       
          “Nantilah sekejap. Saya ada hal nak cakap dengan awak.” Aeril cuba memujuk.         
          “Nak cakap apa? Cakap cepat! Saya dah lewat ni, takut tertinggal bas pulak.” Aku sedikit meninggi suara.  
          “Amboi, garangnya! Yuri, saya nak jawapan yang saya tanya tempoh hari. Awak setuju tak?” Aeril memaniskan mukanya dan mengukirkan senyuman. Senyuman itulah yang membuatkan ramai pelajar perempuan terpikat kepadanya. Ada juga junior-junior yang masih mentah berhingus pun cuba mengutus surat ingin mengambilnya sebagai abang angkat. Tapi, aku peduli apa!   
          “Kalau pasal tu, lupakan jelah. Malas saya nak layan,” jawabku selamba lalu meninggalkannya terkulat-kulat di situ.   
          “Eh, nanti dulu! Saya tak habis cakap lagilah.”  
          Aeril tiba menarik tanganku. Serta merta angin taufanku datang. Kurentak tangannku dan sepantas kilat juga sebiji penampar menjamah mukanya.        
          “Eh, awak ni kenapa?” soalnya.       
          “Lepas ni, jangan ganggu saya lagi, faham?” aku melangkah laju ke perhentian bas. Selang dua minit selepas itu bas sampai dan aku tergesa-gesa masuk ke perut bas. Aku benar-benar marah dengan Aeril. Harap muka saja hensem tapi perangai hampeh!    
          “Bergaduh dengan pakwe ke?”         
          Seseorang tiba-tiba melemparkan soalan yang tidak masuk akal begitu.  
          “Yang awak nak sibuk hal orang kenapa?” Aku melenting marah sambil menoleh ke sebelahku. Lah, mamat hari tu ke? Suka jaga tepi kain orang juga rupanya.    
          “Bila masa pula saya sibuk? Kalau saya sibuk tak adalah saya tanya awak.” Dia cuba berloyar buruk denganku.      
          “Awak, saya tak kenal awak pun tau. Tolong jangan bercakap dengan saya. Saya kalau tengah tension rasa nak bagi penampar kat orang je! Awak nak rasa?” marahku. Dia kemudian terdiam.     
          Sehingga sampai ke perhentian bas seteerusnya, aku membuang pandang ke luar tingkap melayan perasaan sendiri. Aku turun dari perut bas tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku tidak peduli di mana dia turun kini.

***

No comments:

Post a Comment