Monday, 19 May 2014

Cinta2Musim 12

YN 12
“Bukan main lagi kau dengan Man, kan? Maklumlah tengah hangat bercinta. Eh, kau tak risau ke? Kita kan dah dekat nak exam.”  
          Aku menongkatkan dagu di meja Noty.  Dalam sepuluh minit lagi loceng tamat waktu rehat akan berbunyi. Namun sudah ramai rakan-rakan sekelasku berada di dalam kelas ketika ini.   
          “Eh, bercinta got nothing to do with exam. Aku tak campur hal peribadi dengan exam la,” sangkalku. Memang benar peperiksaan SPM tinggal beberapa bulan sahaja lagi.       
          “Macam orang korporat pulak kau bercakap ya? Mengalahkan aku speaking,” sampuk Erica.
          “Biasalah. Dah terbiasa dengan Adif. Dia selalu speaking dengan aku. Kau pun tahu kan, dia ambik STPM tahun ni. Preparation katanya.” 
          “Eh, lepas apa jadi antara Abang Zul kau dengan kau hari tu, dia dah tak contact kau lagi ke?” soal Noty tiba-tiba mengorek semula kisah lama aku dengan Abang Zul.      
          “Gila kau nak contact aku balik buat apa? Dah kena macam tu dengan Adif takkanlah dia nakkan aku lagi. Malu la wei. Lelaki ni ego dia tinggi.” Bukan main sedap aku bercakap. Hah, ambik kau Noty! Ingat kau seorang je boleh bahan aku?        
          “Aku tanya je. Manalah tau kan dia ni jenis yang kental semangat ke apa.”       
          “Cakap pasal aku je. Yang kau tu? Apa kes dengan Abang Aeril kau tu? Aku dengar result SPM dia gempak kot.” Sengaja aku menukar cerita. Lagi pun, asyik dengar cerita pasal aku pun tak best jugak.
          Aku lihat Noty mengeluarkan telefon bimbitnya.
          “Siot, kau bawak handphone datang sekolah? Gila berani!” bukan main terkejut aku melihat Noty menggoyang-goyangkan telefon bimbitnya di hadapan aku.
          “Aku nak tunjuk satu benda kat korang. Tengoklah.” Noty menekan-nekan butang telefon tersebut sebelum menunjukkan paparan skrin kepada kita orang.         
          ‘Contact-Aeril-013-xxx xxX’     
          “Wargh… oh!” Tak terkata aku melihat paparan tersebut. Apatah lagi Erica. Berkelip-kelip matanya memandang wajah Noty yang tersengih-sengih.       
          “Wargh… Tak sangka aku. Cepat gila korang eh?” kataku.    
          “Habis? Kau ingat kau sorang je ada admirer? Kau tu perasan je lebih ingatkan Aeril minat kat kau. Tapi rupa-rupanya salah orang.”
          “Amboi, bukan main bongkak sombong lagi kau ya? Kau ingat kalau bukan sebab aku yang membongkar segala kesalahfahaman tu, kau boleh dapat apa yang kau ada sekarang? Sedar diri tu sikit mak cik oi!” Dahi Noty kutunjal dengan hujung jari telunjuk. Noty tersengih seketika.    
          “Alah, benda kecik pun nak kecoh korang ni. Tapi Noty, aku musykil jugak bila masa kau dengan Aeril… ehem-ehem hah? Tak bagitau kitorang pun,” kata Erica.     
          “Hari tu kitorang ada terserempak dekat kantin lepas habis kelas. Dia approach aku. Alah, korang pun tau kan yang Aeril tu pemalu. Dia mana suka nak heboh-hebohkan hal dia kat orang lain.”    
          “Tak sangka kan Aeril minat kat kau Noty? Lepas tu boleh tersalah orang pulak.” Aku merenung wajah Noty, mencari keistimewaan yang membolehkan Aeril jatuh cinta padanya. Memang kuakui Noty seorang gadis yang berkulit cerah dibandingkan dengan Erica yang sedikit gelap. Tapi bila diteliti Erica kelihatan lebih cantik daripadanya. Mungkin disebabkan rupa cinanya, telahku. Namun aku sendiri tidak berapa pasti apa yang ada pada Noty yang disukai oleh Aeril.         
          “Eh, apa perasaan kau bila baca balik surat-surat yang Aeril bagi kat kau?” tanyaku. Tiba-tiba aku teringat setiap kali aku membaca surat-surat yang dihantar kepada ‘Yuri’, aku tak dapat memahami butir-butir yang tertulis di dalamnya.  
          Noty ketawa perlahan.  
          “Kelakar. Bila teringat yang kau baca semua surat-surat tu, aku tertanya-tanya apa perasaan kau. Mesti kau tak faham kan apa yang dia tulis? Sebenarnya dia nak cerita balik peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak kali pertama dia jumpa aku.” Noty bercerita seolah-olah dia dapat memahami apa yang ada dalam mindaku. Erica pula seperti biasa berlagak sebagai watak sampingan yang lebih senang mendengar.        
          “Habis tu, apa status korang sekarang?” soalku lagi.   
          “Entah, macam biasa. Aku tahu dia serius suka aku. Aku pun suka la kot kat dia. Cuma aku tak bagitau dia lagi. Aku tak pasti sama ada aku betul-betul suka dia atau tak.”  
          “Hmm, tak apalah tu. Kawan dulu, bila dah pun kenal hati budi nanti baru fikir kau betul-betul suka ataupun suka sebagai kawan je. Cuma bagi aku la, kau jangan tunjuk kau suka kat dia kalau kau tak pasti. Jangan bagi harapan tinggi sangat macam Yuri ni. Nanti kesian dia kalau frust.” 
          “Macam biasa doktor cinta kita ni. Sekali dia bagi pendapat, fuyoo! Tak dapat nak bidas kot.” Sempat lagi Noty menyakat Erica yang baru saja memberi pendapatnya. Aku hanya ketawa dan loceng tamat waktu rehat pun berbunyi.

***

No comments:

Post a Comment