Monday, 19 May 2014

Cinta2Musim 1

YN 1
AKHIR OKTOBER 2007
AKU melangkah longlai pulang dari sekolah. Entah kenapa hari ini  aku rasa malas sekali.  Sampai sahaja di rumah, aku terus mecampakkan beg sekolah ke penjuru katil. Badan yang letih turut aku humbankan ke katil.Aku hampir terlelap ketikaibu memanggilku dari dapur.         
          “Yuri! Jangan nak tidur pulak. Solat belum lagi tu!” laung ibu dari dapur.Tidak mahu ibu berleter panjang, aku melangkah malas ke almari baju dan menukar seragam sekolah yang aku pakai.Kemudian aku segera ke bilik air setelah menyedari waktu Zuhur sudah tidak lama mahu habis.
          “Ibu, Abang Ngah balik tak cuti ni?” soalku pada ibu. Lama aku menunggu jawapan ibu kerana ibu sedang menghirup teh pada petang itu.     
          “Entahlah Yuri. Tak ada pula Abang Ngah kamu cakap kat ibu dia pulang ke tak.Kenapa?” soalan yang berbalik kepada aku semula membuatkan aku tersengih.  
          “Tak ada apa-apa pun sebenarnya, ibu. Saja je tanya,” jawabku sambil mengalihkan tumpuan ke kaca televisyen di sudut sebelah kanan rumah kami. Sengaja aku menukar topik perbualan dengan ibu.  
          “Eh, yang kamu dok menghadap tv tu, kamu tak ada kerja sekolah ke?”  
          Haa... ini yang tidak sedap hati dan telinga mendengar ini.Pantas aku berpaling ke arah ibu.  
          “Ada tu ada.Tapi ciput je.Ingat nak buat kejap lagi.Sempat la siap, ibu.”Aku  sudah bersiap sedia untuk mendengar bebelan ibu.      
          “Hah, itu la kamu.Malam nanti baru nak kelam kabut.Kalau tak sempat siap, ibu pula yang kamu marahkan.”
          “Ye la... ye la. Nak pergi buat la ni.”
          Aku mengangkat kaki cepat-cepat takut mendengar guruh dalam rumah. Apalagi hanya kami berdua yang tinggal di rumah ini.

***

No comments:

Post a Comment