YN 10
“YURI, tak nak makan ke? Yuri!”
Aku tak menyahut panggilan ibu. Matahari sudah condong ke barat. Namun perut ini bagaikan tidak mampu untuk diisi dengan nasi atau apa pun makanan.
Mesej yang kuterima pagi tadi benar-benar mengejutkanku. Bagaikan terhenti degupan jantungku apabila membaca ayat-ayat yang tertera pada skrin telefon. Tidakku sangka ini yang akan terjadi apabila kumelayan permintaan dan kata-katanya.
“Yuri? Kenapa tak keluar makan? Nanti perut tu masuk angin. Kena gastric nanti lagi susah,” kata ibu sambil masuk ke bilikku yang tidak kututup pun pintunya. Ibu duduk di birai katil lalu menggosok belakangku.
“Kenapa sayang? Ada masalah ke?” soal ibu.
“Tak adalah ibu. Kejap lagi Yuri makan,” jawabku acuh tak acuh.
“Yuri ni betul ke tak ada apa-apa? Pelik je ibu tengok.” Nampaknya ibu tidak berpuas hati dengan jawapanku.
“Ibu, Yuri tak apa-apa. Cuma serabut sikit sejak kelas tambahan mula ni. Exam pun tinggal berapa bulan je lagi.” Aku menelentang memandang wajah ibu. Meski pun jelas kelihatan riak tidak puas hati pada wajah ibu, namun ibu sekadar mengangguk lalu beredar meninggalkan aku sendirian.
Sebenarnya aku agak malu mahu bercerita masalah aku kepada ibu. Selama ini pun suda banyak kali ibu menegur mengenai sikap aku yang suka melayan kerenah Abang Zul. Aku hanya menganggap Abang Zul macam abang aku sendiri sebab perangai dia sama seperti perangai Abang Ngah. Itu yang menyebabkan aku senang dengannya.
Rupa-rupanya lain yang aku fikir lain yang terjadi. Akibatnya sekarang Abang Zul menaruh harapan yang tinggi terhadapku. Beria-ia benar dia meluahkan perasaannya kepadaku.
Aku mencapai telefon di tepi bantal dan mencari ruangan kenalan. Aku cuba mendail nombor River Boy, namun engage. Kucuba kagi dengan menghantar mesej. Lamaku menunggu balasan namun hampa. Aku mengeluh berat. Kali ini aku betul-betul kehabisan akal.

“MACAM mana ni Noty? Aku tak tau nak buat apa
sekarang ni,” luahku kepada Noty setelah aku mengajak Noty dan Erica ke rumahku
selepas habis kelas tambahan.
“Kau ni pun satulah. Kalau kau tak suka dia, yang kau pergi layan dia tu kenapa? Pandai buat pandailah tanggung. Kalau dah jadi macam ni, cakap jelah kat dia yang kau cuma anggap dia sebagai seorang abang je. Tak susah pun kan?” Seperti biasa, Noty hanya tahu mengeluarkan madah berbisa dia sahaja. Apa pun yang dia cakap langsung tak membantu.
“Engkau cakap memang senang. Aku mintak pendapat engkau bukannya nak dengar engkau kutuk aku.”
“Hah inilah masalah engkau. Aku cakap sikit kau cakap aku kutuk kau. Eh pompuan, aku ni nak bagi kau tu sedar sikit yang bersalah dalam masalah ni tu kau. Kau punca dia ingat kau suka kat dia.” Makin sedap pulak Si Noty ni mengata aku.
“Alah, aku mana tau dia betul-betul suka kat aku. Mula-mula dulu memang la aku suka kat dia. Dah dia layan aku macam abang aku layan aku. Aku pun takkan la nak menyombong tak tentu pasal pulak kan? Lepas tu dia mula hantar mesej-mesej jiwang dengan aku. Aku tak selesa la dengan semua tu. Nasib baik dia jenis tak call orang tengah-tengah malam, kalau tak naya je aku nak kena layan perangai entah apa-apa dia tu.” Wah, panjang lebar aku merungut. Bukan merungut sebenarnya tapi menceritakan pokok pangkal macam mana masalah ni boleh timbul.
“Entah la wei, aku pun tak tau nak cakap apa lagi dah,” ujar Noty perlahan sambil membetulkan duduknya di kerusi.
“I think you should tell him the truth la. Tak guna kau simpan lama-lama. Lagi tinggi harapan dia lagi teruk dia jatuh nanti. Lagi pun kitorang bukan kenal pun siapa Abang Zul kau tu,” celah Erica tiba-tiba. Dah kenyang melantak goreng pisang ibu baru nak berbunyi.
“Entah la wei. Aku ada call Adif tapi tak dapat. Mesej pun tak balas. Ni mesti dia malas nak layan aku ni.”
“Adif? Kau still contact dengan dia lagi ke? Sampai masalah ni pun kau nak bagitahu dia,” kata Noty seraya menegakkan badannya. Berminat nampaknya.
“La, dia kan kawan aku. Macam aku kawan dengan korang, macam tu la aku kawan dengan dia. Aku nak mintak pendapat dia. Kot-kot la dia boleh tolong. Lagi pun dia kan lelaki, mungkin dia tahu taktik-taktik yang perempuan tak tahu.”
“Wei, lelaki dengan perempuan mana boleh kawan rapat macam perempuan dengan perempuan. Tengok apa jadi antara kau dengan Abang Zul kau tu. Ni mesti kau ada apa-apa dengan budak Man ni kan?” Pandai-pandai je Erica ni serkap jarang. Tapi ada la sikit-sikit betulnya. Hehe…
“Wei, mana ada…” Mana ada-mana ada aku pun, tetap tak dapat tahan diri dari tersengih tiba-tiba.
“Ha… tengok tu. Tak mungkin tak ada apa-apa. Kalau tak, macam mana kau boleh reject mentah-mentah je balak yang kau cakap hensem macam Shahid Kapoor tu. Ini mesti dah tersangkut paut dengan Man ni.”
Aku hanya tersengih-sengih macam lala dalam kuali je mendengar ulasan dan kupasan Erica.
“Ooo, sampai hati kau eh tak bagitau kitorang pun kau berpacaran dengan Man. Ini first love kau tau tak. First love story dalam tujuh belas tahun hidup kau. Sepatutnya kau kongsi la kebahagiaan kau ni dengan kitorang. Ini tak, balik-balik masalah je yang kau bawak dan timpa kat atas kepala aku dengan Erica.”
“Feeling pulak minah ni. Sampai terkeluar ayat British yang kau benci sangat tu. Woi mak cik, aku memang kawan biasa la dengan dia tu. Aku bukannya jenis perigi cari timba. Kalau aku suka kat dia sekalipun aku takkan mulakan dulu.”
“Zaman sekarang peribahasa tu dah tak boleh pakai la. Kalau dah suka cakap jelah suka. Lagi pun abang aku cakap, lelaki ni dia takkan layan kerenah perempuan yang dia tak suka.”
“Eh, sejak bila pulak kau ada abang Rica?” Dah lari topik pulak Noty ni.
“Jangan nak tukar topik boleh tak Noty? Pedulikan sejak bila dia ada abang tu. Masalahnya sekarang memang dia dah tak nak layan aku. Tengok, aku call tak dapat, mesej tak balas. Apa maknanya tu?”
“Hei, sekarang aku yang tukar topik dulu ke kau yang tukar topik dulu? Kau ni menambahkan masalah kitorang la. Tadi pasal Abang Zul, sekarang Man pulak. Kalau macam nilah, sampai ke sudah takkan selesai masalah kau ni,” omel Noty. Marah nampak. Aku menjelirkan lidah. Erica diam. Aku pun diam. Perbincangan masalah aku sampai di situ sahaja tanpa ada jalan penyelesaiannya.

“ASSALAMUALAIKUM, Yuri.”
“Waalaikumussalam.” Pendek balasanku dek terkejut dengan panggilan tiba-tiba daripadanya. Selalunya kami hanya menghantar pesanan ringkas sahaja. Namun perasaan marahku datang tiba-tiba.
“Kenapa saya telefon tak dapat? Hantar mesej pun tak berbalas?” Nada suaraku sedikit tinggi.
“Kenapa marah tiba-tiba ni? Ini saya telefon sebab baca mesej awak la ni.” Tenang dia membalas amarahku. Adif, Adif. Sebab perangai kau yang cool ni la aku tak boleh nak marah lama-lama.
“Kenapa saya telefon semalam tak dapat?” suaraku kembali mengendur.
“Ha, macam tu la baru abang sayang. Err, sebenarnya saya pergi KL dengan Tok. Rumah mak dengan… papa. Itu yang saya tak ada kat rumah tu. Telefon pulak tertinggal kat rumah Tok. Bateri pun dah habis sebab saya tiga hari dekat KL tu. “
“Ooo…” hanya itu jawapanku.
“Ooo je?”
“Saya ada masalah sebenarnya. Nak mintak pendapat awak tapi entahla.”
“Cakap jelah. Saya tengah free sekarang. Credit pun full ni.”
“Pasal Abang Zul.”
“Abang Zul mana pulak ni?”
“Awak, nanti lah saya cerita ek. Saya takde mood la sekarang. Penat dan nak tidur.”
“Okey, no hal. Tapi make sure nanti cerita kat saya tau.”
“Okey. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”

***
No comments:
Post a Comment