YN 5
“YURI ingat tak kawan abang yang pernah datang
rumah kita dulu?” soal Abang Ngah semasa aku sedang membuat latihan Matematik
Tambahan.
“Kawan abang yang mana? Kan ramai kawan abang yang pernah datang sini?” soalku balik kepada Abang Ngah.
“Alah, yang datang bermalam kat sini tu. Tak ingat?” Abang Ngah mengingatkan aku kepada kawannya yang bernama Zul. Entah Zul apa entah, aku pun tidak berapa ingat.
“Yang namanya Zul tu ke?” tanyaku lagi.
“Ha..yang tu la. Zul Fazry nama dia. Orangnya hensem kan?”
Aku menjeling Abang Ngah yang tersenyum-senyum.
“Kenapa?Abang suka kat dia pulak ke?” Sahaja aku cuba mengusik Abang Ngah sedangkan aku tahu ada yang tak kena dengan topik yang cuba dibahaskannya.
“Hisy budak ni! Ke situ pulak?Abang minat perempuan la.” Abang Ngah menyiku aku dengan kuat sehingga pen yang kupegang tertolak ke depan, membentuk satu garisan memanjang pada buku latihanku.
“Apa abang ni? Habis buku Yuri.Padam balik!” marahku.Abang Ngah sekadar tergelak sambil menghulurkan liquid paper kepadaku.
“Nah, ambik!Padam sendiri.”
Kurang asam punya abang.Pandai buat pandai la tanggung. Ini main lepas tangan je! Rungutku.
“Kalau abang cakap jangan marah tau?” ujar Abang Ngah.
“Orang memang tengah marah pun. Bagi segunung intan berlian baru orang janji takkan marah,” rajukku.
“Alah, janganla macam tu. Abang serius ni.”
“Orang pun serius jugak.”
“Okey, macam ni. Abang Zul ada cakap dengan abang hari tu...”
“Cakap apa?” potongku dengan nada yang masih marah.
“Janganlah marah dulu.Abang belum habis cakap lagilah.”
“Yelah, yelah.”
“Dia suka kat Yuri. Dia suruh abang merisik la kononnya.”
“Apa dia?” jeritku dengan kuat. Hisy apa punya kejutan la ni! Sampai terus tercampak pen di tanganku.
“Abang biar betul bang? Yuri ni budak-budak lagilah. Apa kelas nak mengorat budak sekolah?”
Aik, lain macam saja jawapan aku ni?
“Apa pulak? Dah orang dah suka, nak buat macam mana? Lagipun Yuri belum ada pakwe lagi kan?”
Aku menggeleng. Kata-kata Abang Ngah benar.
“Tapi Yuri tak naklah bercinta, bang. Yuri ni masih sekolah lagi.”
“Siapa yang cakap Yuri kena bercinta? Abang Zul cuma nak kenal dengan Yuri je. Kawan-kawanlah dulu.”
“Yelah tu.”

***
No comments:
Post a Comment