Monday, 19 May 2014

Cinta2Musim 8

YN 8

“Wei, ayam tu dah hanguslah! Cepat angkat letak sini!” jerit Noty kepadaku.    
          “Aku tahulah. Garang sangat la kau ni. Senang-senang kau buatlah sendiri. Mata aku pedih masuk asap ni,” kataku sambil menggosok mataku yang sudah pun berair. Mesti mata aku merah gila sekarang ni.   
          Beria-ia pular air mata ni nak keluar. Hingus pun sudah meleleh-leleh. Alhamdulillah ini ayam yang last kami panggang barbeku. Seekor je pun. Yelah, lagipun kami bertiga sahaja.         
          Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja datang idea nak berkelah dekat sini. Jadi kami sediakan apa yang patut dan akhirnya di sinilah tempat kami melepak untuk hari ini.       
          Noty sedang sibuk membancuh air Ribena di atas tikar yang dibentang di atas pasir pantai yang hanya ditumbuhi beberapa pohon rumput. Erica pula asyik dengan kameranya sambil mengambil gambar kami bertiga. Kadang-kadang ada juga dia pose sendiri dengan poses yang comel-comel. Comel? Comel la tu agaknya.
          Selesai aku mengangkat semua ayam-ayam dari tempat memanggang, aku menghulurkannya kepada Noty. Badan yang penat rasa seperti ingin direhatkan seketika.Aku ke tepi sungai dahulu untuk membasuh muka yang melekit dengan air mata dah hingus.Huhu...    
          Kemudian aku kembali semula ke tempat tapak perkelahan kami. 
          “Rica, pinjam kamera kau tu kejap. Aku nak ambik gambar pulak,” ujarku sambil menyambut kamera yang dihulur oleh Erica. Sekejap sahaja aku terus berpusing-pusing mengambil gambar kawasan sekitar, Erica dan Noty dan tak lupa juga mestilah gambar aku sendiri! Posing maut bawah pokok kelapa gitu. Huhu...        
          Tiba-tiba aku perasan satu spot yang sangat cantik tapi agaklah jauh dan tersorok sedikit dari tempat kami berkelah. Laju sahaja langkah kaki aku ni menuju ke sana.
          Memang cantik! Ada pokok kelapa yang condong ke arah sungai dan air sungai yang jernih mengalir perlahan. Sayangnya aku tidak perasan kawasan itu kawasan tanah lumpur dan agak lembik disebabkan air pasang besar. Sebaik sahaja aku meluru ke situ, tubuhku rasa melayang.    
          “Arghh...!” jeritku kuat. Sekali lagi aku berasa tubuhku yang hampir melantun ke dalam sungai disambut seseorang. Terasa suam-suam kuku di bahagian perutku yang hanya dilapisi sehelai t-shirt.     
          Aku memejam mata rapat-rapat. Berharap yang aku tak bermimpi. Berharap yang ada seseorang yang menyambut tubuh aku dan orang itu adalah orang yang menjadi angan-anganku selama ini.     
          Sekali lagi. Ya, memang sekali lagi! Dejavu. Tubuhku ditegakkan. Tapak kakiku masih memijak lumpur lembik yang menyebabkan aku tergelincir tadi. Adoi, ke mana pulak perginya selipar aku ni?    
          “Awak? Awak tak apa-apa? Yuri, kan?” suaranya menerpa telingaku. Pantas aku membuka mata. Memang sah! Adif!
          “Arrr…” aku gagap. Sedikit menggigil mengalihkan tanganku yang berpaut kejap pada lengannya tanpa aku sedari. Tangan kiri kuletak di mulut secara spontan. Tiba-tiba Adif tergelak.     
          “Tak sangka kewujudan saya ni untuk jadi penyelamat awak.” Mendengar kata-katanya aku turut sama ketawa. Kelakar apabila mengenangkan peristiwa yang hamper sama berlaku kepada kami.       
          “Terima kasih sekali lagi sebab selamatkan saya. Kalau tak mesti saya dah tenggelam dalam sungai tu.” Kataku.      
          “Tak apa. kebetulan saya kat sini.” Balasnya.     
          “Tapi, apa awak buat kat sini?” soal kami hampir serentak. Sekali lagi kami ketawa besar.         
          “Awak dulu,” kataku setelah tawa kami sama-sama reda.      
          “Oh, okey. Saya datang nak tengok gawang yang saya pasang.”     
          “Gawang?” soalku. Kemudian tangannya menunjukkan arah sungai. Ada pelampung-pelampung kecil yang berwarna putih teroleng-oleng di atas air.    
          “Oh… ga… wang.” kataku.     
          “Dan awak?” soalnya pula.     
          “Saya datang berkelah dengan kawan-kawan saya yang awak jumpa hari tu. Dalam bot?” aku cuba mengingatkannya tentang kawan-kawanku.        
          “Oh, yang tu! Yang dua orang tu kan? Saya ingat. Diorang tak habis-habis tengok kita. Sampai malu saya dibuatnya.” Katanya bersungguh-sungguh.      
          “La… patutlah muka awak merah masa tu! Awak malu dengan diorang eh?” usikku. Amboi, Yurisha! Dah pandai main usik-usik dah sekarang ni ya? Kelihatan Adif terkejut.   
          “Eh, ya ke? Nampak sangat ke muka saya merah?” soalnya. Kali ni memang muka dia betul-betul merah. Sampai ke telinga. Kulitnya yang sedikit cerah menampakkan perubahan warna yang sangat ketara. Aku tergelak kuat.    
          “Saya gurau jelah. Awak ni memang senang kena tipu eh?” tawaku masih bersisa bila dia memuncungkan mulutnya. Pandai juga mamat ni buat mulut muncung.   
          “Pandai ya awak kenakan saya?” kemudian dia ikut sama ketawa.
          “Oh ya! Adif, jom join kitorang sekali?” pelawaku. Dia tersentak.    
          “Tak apa. Kitorang tak kisah. Lagi ramai lagi bagus apa.” Bersungguh-sungguh aku mengajak. Sengaja mahu meluangkan lebih masa bersamanya.     
          “Tapi saya seorang je lelaki.” Katanya.       
          “Tak apa. Lagi pun awak lelaki. Orang kampung tengok pun diorang takkan kata apa-apa. Lainlah kalau perempuan dengan tiga orang lelaki. Memang nak kena sepak la tu.” Ganas juga aku berbahasa.     
          “Kalau macam tu, okey. Lagipun rezeki jangan ditolak,” ujarnya akhirnya.       
          “Sekejap. Saya cari selipar saya yang sebelah lagi. Mana pulak perginya,” omelku. Kulihat Adif turut sama mencari.     
          “Tu dia. Terpacak dalam selut,” kata Adif sambil tergelak. Comel sahaja bunyi ketawanya.
          “Urghh… kotornya,” kataku sambil mencapai selipar orenku yang sudah pun diselaputi lumpur.     
          “Tak apa. Bak sini, biar saya tolong basuhkan.” Adif menghulur tangan untuk mengambil selipar orenku. Aku mengelak.
          “Tak apa. Tak apa. Saya boleh basuh sendiri. Lagi pun saya kena basuh kaki saya sekali ni. Habis kotor.”  
          “Awak ni lasak jugak kan?”    
          “Haha, kalau tak lasak tak adalah saya datang main kat sini macam ni.” Aku bergerak ke gigi air yang tidak berlumpur dan mula membasuh kaki dan seliparku. Adif pula bersandar di sebatang pohon kelapa yang berhampiran, sambil melihat keletahku.     
          “Awak tingkatan berapa?” soalnya tiba-tiba. Tanya pun, ingatkan tak nak tahu. Bisik hatiku. Aku menoleh sekilas. 
          “Empat. Masuk ni tingkatan limalah.” Balasku. Kemudian aku memandangnya semula. Memberi isyarat bertanyakan soalan yang sama kepadanya. Sedangkan aku dah tahu dia tingkatan berapa dan bersekolah kat mana.       
          “Apa? Saya? Oh…” lambat juga dia ni nak faham apa yang aku maksudkan.
          “Saya tingkatan enam. Bawah. Result SPM tak berapa elok sebab tu masuk tingkatan enam je,” katanya dengan selamba.  Aku sudah selesai membasuh lumpur di kaki dan selipar. Lalu kusarung semula selipar tersebut ke kaki.  
          “Tak apalah. Tingkatan enam pun masih ada harapan lagi nak masuk universiti. Eh, jom!” ajakku. Kami sama-sama berjalan menuju ke tapak perkelahan aku, Noty dan Erica. Mesti diorang ternganga bila tengok aku dengan Adif. Huhu…
“Wei, Yuri! Ni orang bunian mana pulak kau bawak ni?” memang tepat jangkaan aku tentang reaksi Noty bila nampak aku bawak Adif ke sini. Air muka Adif kelihatan berubah mendengar kata-kata Noty.    
          “Eh, jangan pedulikan Noty tu. Dia bergurau je. Wei, takkan kau tak kenal. Baru minggu lepas jumpa kan? Kau beria-ia cakap yang dia ni cucu Tok kan?” kali ni mesti Adif terpinga-pinga bila dengar aku sebut nama Tok.
          “Yalah, yalah. Aku saja je buat saspens tadi tu.” 
          “Saspens kepala hotak kau!” marah Erica sambil ditunjalnya dahi Noty dengan jari telunjuknya. Adif ketawa lagi secara tiba-tiba. Kami semua memandangnya.    
          “Korang semua memang selalu buat lawak macam ni eh?” soalnya dengan tawanya masih bersisa. Aku pun ikut sama ketawa.         
          “Okey, sekarang sesi berkenalan. Adif, ni kawan saya Yurika atau awak boleh panggil Noty. Dan yang ni Erica. Korang berdua dah kenal Adif kan?” kataku sambil mengenyitkan mata.         
          “Hah, Adif. Awak jangan buat muka pelik tu. Nanti kitorang cerita kenapa nama Noty dengan nama betul dia beza jauh gila macam langit dengan bumi. Awak jangan risau, kitorang pasti cerita. Dan pasal kami kenal Tok pun nanti-nantilah kita cerita sambil makan. Sekarang jom makan dulu.” Bersemangat nampaknya Erica ni bila tiba bab makan.        
          “Yalah. Kitorang dah kebulur nak mati tunggu kau pergi culik putera bunian ni,” sambung Noty tak habis-habis dengan loyar buruknya. Adif pula ketawa lagi.  
          Sedang enak meratah ayam panggang, aku tersedar Adif seperti sedang menilik-nilik muka aku. Ada apa ya?
          “Kenapa? Muka saya ada arang ke?” soalku. Noty dan Erica sudah berdehem-dehem. Hendak perli akulah tu.                   
          “Saya…Awak. Saya rasa kita pernah jumpa kan sebelum ni? Oh… dalam bas hari tu. Saya duduk sebelah awak kan? Lepas tu awak ada tengok buku teks dan lencana sekolah saya.  Mestilah awak tahu saya student STPM dan sekolah mana kan?”   
          Tujahan soalan darinya membuatkan darahku menyerbu naik ke muka. Ceh, dia perasan ke? Alamak! Oh, malunya! Tak terjawab aku dibuatnya.   
          “Amboi, Yuri! Dah pandai kau ye? Tak bagitau kitorang pun?” Noty sudah mula menyakat.   Adif tersenyum-senyum.                  
          “Awak ni memang suka berterus terang eh? Tak simpan apa-apa rahsia langsung! Patutlah awak pandang saya balik bila saya pand…” kata-kataku terhenti.       
           “Ooo… kau main mata dengan Adif sejak pertemuan pertama lagi ke? Kau ni gatal kan Yuri?” Noty masih tidak berhenti mengusikku. Aku sudah memegang pipi yang kurasakan hangat.      

***

No comments:

Post a Comment