Monday, 19 May 2014

Cinta2Musim 6

YN 6
“YAHOO!!!” 
          Seluruh kelas bersorak keriangan termasuk aku, Noty dan Erica kerana meraikan hari terakhir persekolahan sekaligus menyambut tibanya cuti panjang yang sememangnya sangat berharga bagi pelajar-pelajar sekolah seperti kami.      
          “Kau ada apa-apa rancangan ke cuti sekolah ni?” tiba-tiba Noty menyoalku.     
          “Entah. Tak ada kot. Kenapa?” jawabku.   
          “Aku ingat nak ajak korang pergi rumah nenek aku,” kata Noty lagi.       
          “Rumah nenek kau kat mana?”       
          “Kat pulau tu.” Muncung mulut Noty menunjukkan arah rumah neneknya biarpun bukannya kelihatan dari sini.
          “Pulau? Bestnya!!” tiba-tiba Erica menjerit.         
          “Kau ni kenapa? Menjerit macam hantu. Buat terkejut aku je,” marahku yang sedikit terkejut dengan jeritan Erica. 
          “Macamlah tak pernah pergi,” sindir Noty.
          “Memang tak pernah pun,” jawabnya.       
          “Eh, kau biar betul?”     
          Aku macam tak percaya.        
          “Betullah.Tak ada faedah pun menipu korang,” kata Erica.   
          “Aku tak kata pun kau tipu kitorang.Tapi macam tak percaya jelah,” kataku.    
          “Aku mana ada saudara mara kat sana tu. Kawan-kawan aku pulak korang jelah. Mana ada can nak pergi sana tu.”    
          Betul juga kata Erica itu.Kalau ada saudara mara atau kawan-kawan yang tinggal di pulau itu, tentu dah lama dia jejakkan kaki di pulau itu.      
          “Ha, sekarang ni lah can kau nak tengok macam mana rupa pulau tu kan?”     
          “Tahu tak apa. Ini tak pasal-pasal kau kata aku menjerit macam hantu.”Erica buat-buat merajuk.    
          “Kau tak payah nakmerajuk sangat.Nanti aku kansel tiket bot kau, menangis bertong-tong dram nanti,” marah Noty.        
          “Eh, kena ada tiket ke nak naik bot tu?” lurus pertanyaan Erica.Aku tergelak kuat.   
          “Oo...kau main-mainkan aku ya? Kau memang nak kena dengan aku ni!”        
          Erica menghulur tangan untuk mencekik Noty.Pantas Noty bangun melarikan diri.   
          “Sini kau!Biar aku cekik sampai jadi arwah!” jerit Erica.Dia terus mengejar Noty mengelilingi kelas. Rakan-rakan sekelas yang lain hanya memandang dan mengetawakan mereka.      
          “Ala... rileks la Rica.Aku gurau je tadi tu,” rayu Noty setelah penat berlari. Budak-budak ni bukan boleh dibiarkan bercakaran lama. Nanti aku pula yang susah. Lantas aku bangun dan menghentikan Erica.       
          “Eh, sudah-sudah! Tak kuasa aku tengok drama sebabak yang menyakitkan mata macam korang ni. Rica, kalau kau nak mengarwahkan Noty pun, tunggulah bila kita balik dari cuti kat rumah nenek dia nanti.Kalau kau bunuh dia sekarang, bukan aku je yang kempunan tapi dengan kau-kau sekali menyesal tak sudah, tau?” kataku dalam nada selamba.         
          Biasalah orang yang selalu menjadi ejen peneutral macam aku ni selalu diperlukan di mana-mana sahaja Noty dan Erica berada. Rakan-rakan sekelas bertepuk tangan melihat aku beraksi ditengah gelanggang kelas sendiri.Aku pula tersenyum dan memberi tunduk tanda terima kasih. Cewaah!!! Macam dalam drama je!
          “Kau dengar sini Noty! Hari ni aku lepaskan kau sebab aku respek dengan Yuri. Jom Yuri, kita balik!” kata Erica sambil mencapai beg sekolahnya.         
          “Eleh, nak menyombong la tu konon. Habis kau nak balik dengan apa?” tanya Noty yang masih termengah-mengah kepenatan kerana dikejar Erica tadi.      
          “Eh?” Erica malu sendiri.Dia cuma mampu tersengih-sengih.
          “Tau kau takut,” perli Noty.    
          “Eh, Yuri. Aku sebenarnya ada benda nak bagitau kau ni.”   
          Erica tiba-tiba menghampiriku sambil membuat muka.        
          “Eleh, nak mengelak la tu,” perli Noty lagi.
          “Bukanlah. Aku serius la. Serious you know? Serious!” ujar Erica mempertahankan diri.         
          “Cakap je lah. Apa dia?” tanyaku.    
          “Kalau kau nak aku tolong kau, kau kena tolong aku dulu, Yuri.”  
          “Tolong apa? Aku tak fahamlah, Rica.”      
          “Tolong selesaikan masalah kau dengan Aeril tu.Aku dah tak tahan dah dia asyik kacau aku je. Aku dah tak boleh nak tolong kau dah.” Erica kulihat macam hendak menangis.     
          “Habis kau nak aku buat macam mana lagi? Aku sendiri pun dah tak larat dah. Aku tak tau nak cakap apa lagi kat dia tu. Macam tak faham bahasa je,” rungutku.       
          “Assalamualaikum. Sorry ganggu.” Shahrul tiba-tiba memberi salam dari luar kelas. Datang lagi mahluk alah ni. Ini mesti nak hantar benda alah itu lagi.     
          “Dah tahu kedatangan kau mengganggu, yang kau datang jugak kenapa? Bawak balik kat tuan dia la surat tu,” kataku sambil melayangkan tangan membuat isyarat supaya dia pergi.
          “Janganla macam ni, Yuri. Ni, kau tak nampak ni? Punyalah besar nama kau terpampang kat sini. Y.U.R.I.” Shahrul siap menyebut namaku sebiji-sebiji semata-mata mahu aku mengakui surat itu sememangnya untuk aku.      
          “Habis, kau ingat nama aku seorang je ke YURI?” Aku berdiri sambil bercekak pinggang. Ewah, nak cari gaduh nampak?      
          “Berapa juta YURI lagi yang ada dalam kelas ni selain kau? Sudah-sudah la tu, Yuri. Terima jelah mamat psiko sorang tu. Aku pun sebenarnya dah malas dan tak larat dah layan kerenah korang berdua ni. Malu-malu pun kena ada tempatnya.” Shahrul mengomel panjang. Jelas kerutan di dahinya menandakan dia betul-betul penat dengan semua ini.         
          “Hah, tau pun kau penat. Aku yang dah nak termuntah ni kau tak tahu pulak?” Aku kembali duduk di kerusi.Kemudian aku menoleh memandang Erica dan Noty yang dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja.    
          “Eh, kejap!” Aku pandang pula muka Shahrul dalam-dalam. Silih berganti dengan muka Noty dan Erica.    
          “Kau ni kenapa pulak?” tanya Shahrul.    
          “Memang bukan aku sorang yang nama Yuri kat dalam kelas ni,” ujarku sambil mengukir senyum nakal. Aku mengerti kini apa sebenarnya yang sedang berlaku.    
          “Tadi kau cakap Aeril tu pemalu kan?” soalku kepada Shahrul. Shahrul mengangguk.         
          “Ha... itulah kau! Bukan aku yang dia maksudkan tu!” senyumku semakin menjadi-jadi.Aku pandang lagi muka Noty yang terpinga-pinga.         
          “Apa yang kau cakap ni, Yuri? Siapa lagi yang nama Yuri dalam kelas kau ni hah? Aku nak tengok sikit macam mana muka minah yang mamat psiko tu suka sangat tu,” kata Shahrul sambil menggaru kepala. Surat yang dipegang di tangannya dari tadi kini diletak di atas mejaku. Sudah renyuk kertas itu dibuatnya.        
          “Apa?” tanya Noty kepadaku bila aku memandangnya lama. 
          “Ni kau pandang muka ni baik-baik,” kataku sambil memegang muka Noty lalu dihadapkan ke muka Shahrul.        
          “Listen carefully. Ini dia Yuri yang kau cari-cari tu. Yuri yang Si Aeril tergila-gilakan tu bukannya Yurisya tapi Yurika. Ada faham sekarang?” 
          Wah! Siap speaking lagi aku! Aku mula faham setelah Shahrul mengatakan yang Aeril sebenarnya pemalu.Jadi kalau betul dia sukakan aku, tak mungkin dia boleh menarik tangan aku hari itu. Jadi, maksudnya Yuri yang sebenarnya mestilah...    
          “Woi, apa babit-babitkan nama aku ni? Kau jangan nak buat cerita ya, Yuri? Cerita kau pun belum sudah, kau nak buat cerita lain pulak ke?” Noty kelihatan marah. Tapi memang logik la dia marah sebab aku buat kenyataan berani mati kot! Cerita yang selama ni langsung tak ada kaitan dengan dia kini menjadikan dia sebagai watak utama.      
          “Cik Yurika, sila bawa bertenang ya? Aku bukan saja-saja buat cerita. Kalau kau tak nak percaya, sekarang jugak kita pergi jumpa Aeril. Jom, Shahrul!” Aku mengatur langkah ke luar kelas.Kulihat Noty masih terpinga-pinga.  
          “Cepatlah!” gesaku.       
          “Eh, nanti kejap. Aeril tak datang kelas la hari ni. Dia tak berapa sihat. Itu pasal la dia hantar surat untuk Yuri tu,” celah Shahrul. Aku mematikan langkah serta merta.     
          “Ini dah sampai tahap angau nak mampus dah ni. Tak sihat pun kena hantar surat jugak ke?” perliku sambil membulatkan mata. Erica sekadar tergelak kecil sementara Noty mengisytiharkan perang mulut muncung.          
          “Jadi kau konfem ke ni Yuri yang Aeril angaukan tu bukan kau?” tanya Shahrul kepadaku.  
          “Aku ada keyakinan 100%. Aku pasti bukan aku. Jadi kau kena konfemkan semula dengan Aeril tu. Nanti aku dah tak payah pening-pening lagi dengan kerenah dia tu. Nah, Noty! Ambik surat kau ni,” ujarku sambil menghulur surat yang dibawa Shahrul kepada Noty.         
          “Tapi aku ada kemusykilan sikit. Nak tanya ni... Nama Noty sebenarnya apa, hah?” tanya Shahrul lagi.       
          Mendengar saja soalan Shahrul, tawa Erica meledak kuat. Sehingga berair matanya dek tertalu kuat ketawa.      
          “Haha...cam nak kejang perut aku ni, hah! Sebenarnya...” Belum pun sempat Erica membuka mulut menceritakan asal usul nama Noty, pantas Noty menekup mulut Erica.    
          “Kau jangan nak pandai-pandai, Rica. Kalau kau yang cerita, nanti 360 darjah tersasar dari cerita asal. Aku gunting mulut kau tu karang!” Nampaknya Noty benar-benar marah ketika ini. Hakikatnya memang asal usul namanya ada unsur lawak walaupun tak adalah selawak lawak antarabangsa dalam Majalah Ujang.     
          “Sebenarnya mak Noty nak letak nama Suria. Tak tau kenapa pegawai tu tulis Yurika kat surat beranak tu. Lepas tu ayah dia pulak marah-marah sebab susah nak sebut nama Yurika tu. Macam nama anak jepun katanya.”   
          Aku cuba menjelaskan cerita sebenar di sebalik nama sebenar Noty biarpun aku sendiri tidak nampak di mana rasionalnya nama Suria dengan nama Yurika. Jauh langit dengan bumi!
          “Memang nama jepun pun. Agaknya pegawai tu minat cerita jepun kot. Habis, mana pulak datangnya nama Noty ni?”     
          Kulihat Shahrul semakin bingung dan hairan. Eh, ini cerita dah jauh tersasar dari perkara yang kami bualkan pada awalnya.         
          “Sebab Noty nakal sangat masa kecik-kecik dulu. Itu pasal nama dia ada slang mat saleh sikit.” Kali ini Erica pula yang mencelah. Kelihatannya seperti dia tidak berpuas hati selagi tidak dapat mengenakan Noty.        
          “Bukanlah! Kau ni pandai-pandai je,” sangkal Noty pantas.Disikunya lengan Erica kuat.         
          “Hey, sakitlah! Habis tu kenapa?” jerit Erica.      
          “Sebab aku suka sebut perkataan ‘naughty’ masa belajar kat prasekolah,” jawab Noty. Akhirnya dia sendiri yang menceritakan kisah sebenar di sebalik nama samarannya.          
          “Kenapa?” soalku.
          “Entah. Bunyi dia comel kan? Nak eja tu susah, tapi senang sebut. Betul, tak?”Noty tersengih-sengih mengingat kembali zaman kanak-kanaknya.       
          “Tapi yang aku hairan ni, macam mana Ariel boleh tersilap orang? Takkan tak boleh beza Yurika dengan Yurisya, kot?” tanya Shahrul pula.        
          “Maybe dia cuma tahu nama depan kitorang. Yuri. Lagipun memang dia tulis Yuri je dalam semua surat-surat yang dia bagi kat aku tu. Tak ada pulak nama penuh,” kataku memberi pendapat sendiri. Ada logiknya juga.    
          “Eh, dahlah. Jom baliklah. Penat aku pikir semua ni. Mengalahkan penat menjawab paper exam je.” Noty yang diam dari tadi tiba-tiba mencelah.Dah naik pening dan bosan agaknya.    
          “Erm, jomlah. Shahrul, kau jangan lupa pergi tanya Abang Aeril tu. Lagi cepat lagi bagus. Manalah tahu, Cik Yuri kita ni nak naik pangkat tak lama lagi,” perliku sambil menjeling ke arah Noty. Noty buat-buat tak dengar.

***

No comments:

Post a Comment