Monday, 19 May 2014

Cinta2Musim 2

YN 2

KELAS agak riuh rendah. Hampir semua rakan sekelasku seakan-akan tidak reti mahu duduk diam. Mentang-mentanglah semua guru ada mesyuarat masa akhir macam ni.
          “Yuri, termenung panjang nampak?”         
          Jerkahan tiba-tiba dari kawan yang otaknya tidak berapa betul ini mengejutkan aku. Macamlah panjang sangat aku termenung tu. Suara si budak ini memang terlebih kuat sampai seisi kelas memandang ke arah kami.Aku sekadar mengangkat tangan tanda ‘nothing’.         
          Noty menghampiri aku.
          “Yang kau terpekik terlolong dalam kelas yang dah haru biru ni kenapa? Ada cita-cita nak sambung career Tarzan ke?” soalku sambil membelek-belek majalah yang dipinjam dari Erika.         
          “Isy kau ni Yuri. Mana ada aku terpekik terlolong. Kau tak dengar ke semua orang terdiam mendengar suara aku yang lemak merdu ni. Dan satu lagi, aku bukan nak sambung career Tarzan tapi nak sambung lagenda Datuk Siti.” Noty terus dengan loyar buruknya sambil ketawa mengekek. Macam keldai.  
          “Hah, kalau ya pun, jangan la turut sama menaikkan nama aku. Buat malu je,” marahku yang tidak berapa nak marah pun sebenarnya.      
          “Takde la .Kau tu yang termenung je aku tengok. Tu yang aku beridea nak menyakat kau tu. Ke kau ada angau dekat siapa-siapa ni?” Noty mula mengusikku. Senyuman nakal mula dibuat-buatnya.   
          “Kau jangan nak mengada-ngada. Kalau ya pun nak mengada-adakan cerita, kena la hadir dengan buktinya sekali. Kalau tak, ni ha! Makan penumbuk aku la jawabnya engkau,” kataku siap mengangkat penumbuk memberi ancaman. Bersungguh-sungguh tu! Namun Noty sekadar tergelak.   
          “Ek eleh! Setakat penumbuk kecik kau tu, tak sempat lebam pun muka aku yang putih gebu dan mulus ni. Penumbuk kau tu besar tapak kaki kucing je pun.” Noty semakin kuat mengusikku.Aku menjegilkan mata kepadanya. Senang nampak boleh mengusik aku.       
          “Eh, exam akhir tahun minggu depan macam mana? Kau dah habis buat revision dah?” tanyaku kepada Noty.   
          “La... minggu depan ke? Aku ingat bulan depan. Lupalah pulak. Macam mana ni? Aku sepatah haram pun belum buat ni! Matilah aku macam ni.” Noty merungut sambil buat muka mati kutu. Tapi tak pernah pula aku tengok muka kutu mati macam mana. Noty...Noty...   
          “Kau ni biar betul Noty? Jangan nak buat hal time kritikal macam ni! Ini mesti selalu tak siap homework sampai lupa exam ni,” kataku sambil mengajukan jari telunjuk ke mukanya.  
          “Woi, kau jangan nak main tuduh-tuduh. Aku bukan macam kau. Siang malam pagi petang menghadap je tv buruk rumah kau tu. Aku ni orang yang berdisiplin tinggi. Homework sentiasa diutamakan.” Kembang kempis lubang hidung Noty memarahi aku. Tapi kenapa aku pula yang kena bebel dengan dia?   
          “Hah, ya la tu. Habis semalam siapa yang kena jawab soalan add math kat white board sebab lupa bawak buku latihan?” sampuk Erica tiba-tiba. Entah dari mana munculnya minah Cina celup ni. Tadi tak ada pun.      
          “Hello! Aku lupa bawak bukannya aku tak buat,” balas Noty.Nampak macam dah nak keluar tanduk pun ada. Noty pantang kalau Erica cuba cari pasal dengan dia.
          “Alah, mengaku je la Noty. Bukan kitorang tak tahu fiil kau. Kalau tak bawak tu maknanya tak buat atau tak siap la tu. Tak payah nak berdalih dengan kitorang. Kitorang kenal kau pun bukannya dua minit tadi.” 
          Bukan niat aku untuk menyebelahi Erica tapi memang itu kebenarannya tentang Noty.         
          “Cantikk bebeh!” Erica mengangkat tangan meminta aku menyambut high-fivenya. Kami sama-sama tergelak. Noty tersenyum-senyum. Bukan senyum-senyum sumbing lagi tapi dah jadi senyum kambing pun.     
          “Korang ni memang! Nak menjahanamkan kawan je kerjanya.” Akhirnya Noty mengaku kalah walau pun dia sememangnya dah betul-betul kalah.   
          “Eh, Yuri. Aku ada benda nak bagitau kau sebenarnya ni.” Erica mengambil tempat di sebelah aku sebelum memulakan cerita sensasinya.    
          “Apa dia?”  
          “Tadi masa aku kat toilet, aku nampak Ika dengan Aeril,” katanya.
          “Hah? Apa dia? Kau biar betul Rica? Tak baik buat fitnah ni. Kalau ikut agama kitorang, kau kena ada empat orang saksi yang melihat diorang berdua buat ehem-ehem. Kalau tak naya kau Rica.” Macam peluru machine gun pula Noty ni. Tak sempat pun Erica menghabiskan ayat dia.
          “Isy budak ni. Kalau aku lempang kat sini kang, takut ke kubur serta dan merta kat sini. Dia nampak Ika dengan Aeril la. Bukannya nampak diorang buat ehem-ehem,” pintasku sambil mengangkat tanganku tinggi-tinggi. Spontan Noty tertunduk. Takut termakan pelempangku betul-betul.       
          “Yalah. Orang tak habis cakap lagi kau dah menyampuk. Takkanlah Aeril nak masuk tandas perempuan pulak. Pak alim kita tu pernah jadi imam kat masjid sekolah kitalah,” balas Erica pula. 
          “Hehe... sorrylah. Aku bab-bab cerita-cerita macam ni alergik sikit. Penyakit keturunan. Tapi, mana kau tau dia pernah jadi imam kat masjid sekolah?” tanya Noty sambil meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Kononnya tengah berfikirlah tu.    
          “Isy mak cik sorang ni! Aku sepak kang baru tau. Bukan kau ke yang canang satu sekolah masa dia jadi imam tu. Kau cakap masa kau pergi solat Zohor berjemaah kat masjid, dia yang imamkan. Lagi kau kata suara dia sedap sangat sampai kalau tak tengok muka pun boleh jatuh cinta pandang pertama, kan?” panjang lebar khutbah Erica sampai berair mata aku ketawa.         
          “Ya ke? Hehe... Ah, sekarang silakan Cik Erica sambung cerita yang tak sempat disudahkan tadi tu, ya?”Noty tersenyum-senyum lagi. Sengal sungguh sahabatku yang seorang ni. 
          “Pasal dia dengan Ika tu, kau tak bimbang ke, Yuri?” tanya Erica kepadaku.     
          “Tapi apa kena mengena Aeril dengan aku pulak?”      
          Noty dan Erica saling berpandangan seketika.    
          “Satu sekolah tahu kau ada skandal dengan Aeril.Sekarang buat-buat tanya pulak apa kena-mengena kau dengan dia,” ujar Erica.        
          “Ni sejak bila pulak kau suka bergosip dan berskandal ni? Kalau betullah, korang berdua orang pertama akan tahu kesahihan skandal tu.”      
          Menyampah betul dengan skandal macam ni. Kalau ya pun nak menskandalkan aku, carilah orang lain. Ini dipadankan aku dengan Aeril yang top dan meletup kat sekolah luar bandar macam ni. Aku manalah suka orang glamor ni.         
          “Tapi ini kes sememangnya dah sahih dan diakui ramai Cik Yurisya.” Erica nampaknya masih tidak  berpuas hati dengan jawapan aku.
          “Ini semua salah Shahrul. Dah tau aku tak nak kat Aeril tu, yang dia pergi jugak jadi posmen tak berbayar kat Aeril tu kenapa?” marahku tiba-tiba bila teringatkan Si Shahrul yang beria-ia menghantar surat bagi pihak Aeril, si budak tingkatan lima itu kepadaku.    
          “Hai, aku ingatkan nak buat kau marah barulah aku bukak cerita pasal Ika dengan Aeril kat kau. Rupanya Aeril masih belum berjaya mencairkan hati puteri kesayangan sekolah kita ni,” kata Erica lagi dengan lenggok bahasa bermadah pujangga.    
          “Ah, tak ada makna aku nak cair dengan dia. Aku ni bukannya air batu. Aku ni spesies batu laut. Bukan senang nak cair tau!” kataku membangga diri. Biarpun aku tak tahu apa daya tarikan yang aku ada yang membuatkan Aeril mengutus surat cuba mengayatku.      
          “Tapi, takkan kau tak terasa apa-apa bila dengar dia tengah berkepit dengan Ika?” soal Noty yang dari tadi menjadi tukang dengar sahaja.      
          “Woi, siapa cakap diorang tengah berkepit?” marah Erica lagi.        
          “Aku cuma nampak diorang kat depan tandas tu. Rasanya Ika mintak Aeril tolong bagitau bapak Aeril yang papa Ika nak buat kenduri kat rumah dia. Tu yang Ika jemput bapak Aeril ke rumah dia tu.”  
          “Ooo... macam tu eh?” kali ini Noty tersengih macam kerang kekeringan air pula.                
          “Lain kali think before you talk.”      
          “Siapa suruh kau tak cerita betul-betul apa yang kau nampak dan apa yang kau dengar? Tak adalah aku salah faham macam ni. Satu lagi, aku tahulah kau terer bahasa Inggeris, tapi takyah la nak perli-perli aku pakai bahasa penjajah tu,” omel Noty. Betul-betul marahkan Erica ni.       
          “Sudah! Sudah! Takkan habis korang bertekak kat sini. Nanti balik rumah sambung lagi, ok? Aku nak blah.” Aku mula mengemas barang-barangku. Jam di dinding sudah pun pukul dua petang.        
          “Yes madam! Rica, nanti aku call kau kita sambung balik ek?” Noty masih berniat hendak menyambung loyar buruknya.     
          “Call 911 jelah,” balas Erica pula.    

***

No comments:

Post a Comment