YN 11
AKU meronda-ronda di kedai buku di Kota Bharu pada
hujung minggu begini. Mencari novel keluaran terbaru sebenarnya setelah muak
dengan buku-buku dan latihan untuk kelas tambahan di rumah.
“Yuri?” Terkejut dengan panggilan itu, aku segera menoleh. Terkaku sebentar dengan kehadiran Adif. Baru semalam bercakap di telefon.
“Beli novel?” tanyanya.
“Yelah. Ada ayam ke kat sini?”
“Pandai berloyar buruk eh?” Adif mengikuti aku menyusuri rak-rak buku di bahagian tingkat atas bookstore tersebut.
“Belajar dengan awak la,” balasku.
“Ea? Tak tau pulak saya ni pandai berloyar buruk.”
“Awak pulak buat apa kat sini?”
“Beli bukulah. Takkan nak beli kapal terbang pulak?”
“Tengok! Sedap je dia jawab. Tak loyar buruk namanya tu?” bidasku. Adif tergelak sakan.
“Kenapa tak cakap nak datang sini. Boleh kita pergi dating.”
“Telefon tak ada bateri,” balasku sambil membuat muka. Tujuanku untuk mencari novel sudah pun terbantut. Mindaku pula terawang-awang disebabkan aku kini bersama Adif. Dating? Dengan aku? Hee….
“Tak ada bateri, boleh cas.”
“Pagi tadi tak ada elektrik.” Sengaja aku mereka cerita walaupun aku tahu dia tak mungkin percaya.
“Tipulah.”
“Siapa tipu?”
“Awaklah. Takkan saya pulak. Kalau muka tu bukan kaki tipu, tak payah try nak kelentong saya. Saya tak makan punyalah.”
“Saya tak suruh pun awak makan,” kataku lagi. Kali ini Adif ketawa lagi melihat aku tak mampu menahan senyum.
“Awak, bila nak cerita pasal Abang Zul tu kat saya?” Soalan Adif yang tiba-tiba membuat tanganku terhenti membelek buku. Macam mana pulak nama Abang Zul boleh keluar tiba-tiba ni?
“Assalamualaikum Yuri.” Mamat mana pulak yang tegur aku ni. Aku segera menoleh. Apa lagi, pucat lesi muka aku bila terpandang wajah Abang Zul di sebelah aku. Mungkin dia tak perasan kehadiran Adif yang berdiri di belakang aku. Apalah nasib aku hari ni. Macam mana Abang Zul boleh ada kat sini ni?
“Mesti Yuri terkejut kan abang ada kat sini. Abang dengan Abang Ngah cuti mengejut. Terus balik kampung. Abang nak bagi surprise kat Yuri sebab tu abang terus ke sini lepas ibu Yuri bagitahu abang Yuri ada kat sini.” Panjang lebar Abang Zul menerangkan punca dia ke sini. Seperti dapat mengagak soalan yang berlegar dalam otakku.
Kulihat Adif sudah bersandar pada palang tangga sambil bersilang tangan. Aku mengetap bibir memohon pengertian Adif. Namun dia cuma menjongketkan kening tanda tidak memahami isyaratku.
“Yuri datang seorang je ke?” soal Abang Zul. Aku terkial-kial hendak menjawab.
“Haah, Abang Zul…” tergagap juga aku menyebut nama Abang Zul di depan Adif. Seperti dapat menangkap maksudku, Adif mula menghampiriku.
“Oh, ini ke Abang Zul yang selalu Yuri cerita tu?” celah Adif tiba-tiba. Abang Zul terpana melihat kehadiran Adif. Mesti disangkanya Adif tu pekerja di situ ataupun sekadar seorang pelanggan sahaja.
“Err, kawan Yuri ke?” tanya Abang Zul. Aku menggaru tepi kening kerana tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Abang Zul.
“Apa khabar bang? Saya Adif Luqman, boyfriend Yuri. Saja temankan dia shopping hari ni. Yuri tak bagitahu ibu ke yang Yuri keluar dengan abang hari ni?” Nampaknya Adif cuba bermain kata. Namun perkataan boyfriend dan ‘abang’ yang keluar dari mulutnya membuatkan jantungku berdebar-debar.
“Err, boyfriend? Yuri tak pernah cakap pun kat abang yang Yuri ada boyfriend. Haha, korang berdua memang nampak… sesuai.” Pelik sahaja nada ketawa Abang Zul. Kemudian dia menghampiri dan membisikkan sesuatu di tepi telingaku.
“Abang tak sangka yang Yuri ni orang yang macam ni. Sanggup Yuri kecewakan abang macam ni sekali kan. Yuri tahu tak betapa abang mengharapkan Yuri sangat-sangat. Abang…” perlahan Abang Zul berbisik di telingaku. Panas mukaku apabila Adif memandangku dengan pandangan yang aneh dan curiga.
“Tak apalah Yuri. Abang tak nak ganggu korang dating. Sebenarnya abang ada hal dekat kedai komputer tu. Tengah cari charger baru sebab charger abang tetiba je rosak. Abang pergi dululah ya.” Tanpa menunggu Abang Zul terus beredar dari tempat kami berdiri. Aku berasa kasihan pula dengan Abang Zul. Tapi soal hati tak boleh dipaksa-paksa.
“Kenapa Yuri? Apa yang Abang Zul cakapkan dengan awak tadi. Bukan main confidential lagi.” Aku memandang muka Adif dengan dahi berkerut.
“Kenapa awak cakap kita couple. Kesian pulak tengok Abang Zul tu.”
“Eh, bukan tu ke yang awak nak? Kan awak nak saya tolong awak. Nak harapkan awak bagitahu dia yang awak tak sukakan dia macam yang dia harapkan, memang tak la kan?”
“Sekejap. Macam mana awak tahu masalah saya dengan Abang Zul. Semalam saya cuma sebut nama je. Tak lebih dari tu pun.”
“One more thing about me. Abang Yuri yang satu ni pandai bab-bab read people’s mind.” Adif ketawa lagi.
“Yelah tu. Awak ni memang suka speaking eh?” Sekali lagi Adif ketawa mendengar soalanku.
“Well… eh, tak adalah. Saja je nak biasakan lidah. Nanti senang nak fly ke mana-mana.”
“Apa-apa jelah. Tapi, pasal tadi tu... Err...” entah kenapa aku tak mampu untuk meneruskannya.
“Pasal couple ke? Kenapa, awak tak suka kita couple?” Wah, bukan main direct lagi dia bertanya. Naik merah muka aku ni dibuatnya. Apa aku nak jawab ni?
“Kita couple ke? Tak tahu pulak saya. Ahaha…” Aku mula beredar dari rak buku tanpa mengambil satu pun novel di rak itu. Menggelabah pulak aku dibuat mamat ni.
Namun belum pun sempat aku menuruni anak tangga ke tingkat bawah, Adif mencapai tanganku. Aku semakin gelisah. Terasa kepala lututku menggeletar.
“Awak tak suka saya ke?” soalnya. Ini yang membuatkan aku semakin berdebar. Ada pulak tanya soalan macam tu. Apa aku nak jawab? Aku menoleh kepadanya tanpa menarik tanganku dari genggamannya.
“Kalau saya tak suka tak adalah saya berkawan dengan awak kan?”
“Yuri.” Adif kelihatan seperti kehilangan kata-kata. Tanganku semakin erat dalam genggamannya.
“Ya?”
“Bila saya tengok ada lelaki lain approach awak macam yang tadi tu, tetiba je saya rasa cemburu. Tak pernah saya rasa macam ni kat sesiapa pun sebelum ni.” Mukanya kelihatan merah.
“Cemburu? Apa maksud awak?” Aku cuba mengawal perasaan walaupun aku seperti tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Aku terlalu berharap kata-katanya nanti adalah apa yang aku inginkan sangat-sangat.
“Saya nak tahu sama ada awak sukakan saya macam saya sukakan awak atau tak. Sebab selama kita berkawan awak tak pernah tunjukkan apa-apa reaksi bila saya bergurau tentang ni.”
“Sebab saya tahu awak cuma bergurau je.”
“Saya bergurau sebab saya memang sukakan awak. Ya, saya bergurau tapi saya tak main-main. Saya takkan main-main kalau melibatkan soal hati dan perasaan.” Muka Adif memang betul-betul serius pada waktu ni. Sehinggakan aku tak tahu apa yang perlu aku cakapkan.
“Kenapa awak diam?” soalnya lagi.
“Boleh tak awak jangan serius sangat macam ni? Awak buat saya gabra,” balasku sambil menarik tanganku dari genggamannya lantas menuruni tangga ke tingkat bawah. Namun Adif pantas mengejar dan menghalang laluanku. Kini dia berdiri di tangga lebih bawah dariku menyebabkan ketinggian aku melebihi paras kepalanya. Ini kalau orang tengok mesti dia orang ingat kami couple yang tengah bergaduh. Kalau tak pun macam tengah shooting filem. Tapi sekarang bukan kalau lagi. Memang sudah ada beberapa pasang mata sedang memberi perhatian serius kepada kami.
“Kalau saya tak serius macam ni, awak cuma akan anggap yang saya ni bergurau je. Please answer me.”
“Tolonglah Adif. Kita… kat tempat awam ni. Malulah orang tengok.”
“Cik Yuri, tak ada orang pun la kat sini.” Aku meninjau kiri dan kanan. Memang ruang bookstore ini agak lengang. Yang ada cuma mata-mata tadi yang terjeling-jeling. Mungkin waktu tengah hari begini tidak ramai yang keluar membeli-belah.
Aku memandang tepat ke wajahnya. Baru aku perasan ada tahi lalat kecil di tepi kening sebelah kanannya. Comel.
“Okey. Saya nak awak bagitahu saya sesuatu, baru saya jawab.” Adif mengukir senyum sambil melangkah naik ke satu anak tangga mendekatiku. Aku menahan dengan tapak tangan dan dia turun semula ke tempat asalnya.
“Anything. Please…”
Aku menarik nafas panjang dan menghembuskannya.
“O… key. I want you to say that… you, love…me.” Sebaik sahaja aku menuturkan ayat ini, aku terus menutup hidung dan mulutku dengan kedua-dua belah tangan. Adif kulihat tercengang di tempatnya berdiri. Kakinya kelihatan mengendur. Agak lama aku menunggu.
“Aha…never mind if you don’t want to,” kataku sambil menolak tubuhnya yang menghalang laluan ke tepi. Tiba-tiba Adif menyekat lagi. Dia memegang palang tangga dan melentokkan kepalanya di depanku.
“Saya cintakan awak, Yuri.” Suaranya lembut, lancar dan kedengaran berirama di telingaku. Aku pandang ke dalam matanya yang bersinar. Adif mengangguk memberi isyarat supaya aku membalas soalannya tadi.
“I, love you too.” Pendek. Mukaku sudah terasa panas semacam.
“No, cakap dalam Bahasa Melayu. Saya tak berapa faham Bahasa Inggeris,” kata Adif. Nampaknya Adif ni memang nak kena dengan aku. Masih lagi nak main tarik tali dengan aku.
“Sudahlah. Saya tak nak.” Aku terus turun dan berlari anak keluar dari bookstore tersebut. Aku betul-betul geram dengan Adif sekarang. Boleh dia main-mainkan aku macam ni.
“Awak, tunggulah dulu.” Adif masih mengejarku dan berjaya menangkap tanganku di depan kedai buku.
“Awak nak apa lagi. Awak seronok kan main-mainkan saya?” marahku.
“Awak, saat ni adalah saat paling sweet dalam hidup saya. Saya cuma perlukan awak untuk sempurnakannya.” Pandai Adif bermain kata. Dengan senyuman yang terukir di bibirnya, aku yakin aku tak salah menelah perasaan dia dan aku berada pada landasan yang sama.
“Kedai buku ini jadi saksi, cinta kita bukan cinta monyet. Saya takkan berjanji palsu. Apa pun yang saya katakan, semuanya benar dan saya janji saya takkan tinggalkan awak sampailah nyawa bercerai dari badan.” Kata-katanya membuatkan aku tersenyum. Sekarang aku tidak lagi mempedulikan orang ramai yang memerhatikan kami. Mereka tidak penting saat ini. Yang penting adalah saat aku dan Adif mendeclarekan cinta kami.
“Saya pun cintakan awak. Sangat-sangat cinta.” Aku menggenggam erat jemarinya kini. Adif tersenyum lebar. Aku pula hanya mampu tersenyum sebelum menyedari orang ramai yang memerhatikan kami. Nasib baik jalan agak sibuk pada waktu itu. Kebisingan menenggelamkan suara kami dari pendengaran orang lain.
“Jom, malulah orang tengok,” ajakku.
“Buat apa peduli dengan orang. Yang bercinta kita bukannya diorang.” Adif tersengih.
“Jomlah. Pergi makan, saya laparlah.” Aku memaksa. Lagipun cuaca agak panas di luar ni.
“Okey. Tapi nanti awak cerita kat saya pasal Abang Zul tau.” Aku mengangguk mendengar permintaannya.

***
No comments:
Post a Comment