YN 18
AKU kembali ke resort dalam pukul sebelas lebih.
Sebagai pengurus pentadbiran restoran baru dalam resort ni, aku turut
disediakan bilik sendiri di dalam resort sebagai kemudahan tempat tinggal. Buat
sementara waktu ini juga, Anis akan tinggal bersama aku. Dia dengan sukarela
membantu aku di sini untuk permulaan ini disebabkan aku masih belum mempunyai pekerja
mahir dalam bidang ini.
“Hei, termenung je? Kau teringatkan siapa pulak ni?” tegur Anis tiba-tiba. Dia ni tahu-t ahu je aku termenung. Bukannya ingat kat siapa-siapa pun.
“Salah ke nak termenung? Tak payah nak ingat kat siapa-siapa. Ingat kat kau je. Aku terfikir apa aku nak buat kalau kau tak ada nanti,” ujarku tanpa berselindung apa-apa. Anis bukannya tidak kenal aku.
Kami berkenalan semasa di universiti semasa mengambil diploma dahulu. Berkongsi rumah sewa bersama dua lagi rakan yang lain. Disebabkan dia agak petah berbahasa Kelantan, kami menjadi rapat. Bermakna kami sudah berkawan selama hampir lima tahun. Dan kini atas tiket seorang kawan dia sanggup naik ke Pantai Timur ini untuk membantuku.
“Alah, kau ni tak habis-habis pasal kerja aku. Kita kan dah bincang pasal ni? Tak payahla cakap pasal ni lagi,” rajuk Anis. Alahai nak merajuk pulak dia. Bukan besar pun masalah ni.
“Tak payah nak merajuk sangat lah. Dah kau tanya, aku jawab la apa yang ada dalam kepala aku ni.”
“Kau tak boleh nak beza ke aku merajuk dengan marah, ha?”
“Aik, kau marah ke? Ingat kau merajuk tadi.” Balasku kembali. Aku tahu dia bukannya serius. Anis ni boleh tahan jugak loyar buruknya. Loyar buruk inilah yang mengingatkan aku kepada seseorang. Seseorang yang sudah hampir lima tahun menghilang dari kamus hidupku.
“Dahlah. Malas aku melayan kau. Aku penat, nak tidur. Kalau kau tak nak tidur lagi, kau pergi sambung menung kau yang tadi tu,” kata Anis. Selimutnya yang terlipat dibuka dan lampu katilnya juga turut dibuka. Aku tahu Anis tak betah tidur di dalam suasana yang gelap. Sekejap sahaja sudah kedengaran dengkuran halus Anis.
Aku kembali memandang ke luar tingkat yang gelap gelita. Tingkap bilik ini tidak menghadap angin malah menghadap ke resort. Memudahkan aku memantau keadaan jika dalam apa-apa kecemasan. Oleh sebab itu, angin tidak begitu dapat bertiup ke dalam bilik menyebabkan terasa berbahang apabila siang. Kini pun aku membuka tingkap supaya sedikit sebanyak angin malam dapat bertiup masuk.
Semakin aku termenung semakin aku tenggelam dalam bayangan silam. Aku mengaku selama lima tahun ini aku hidup dalam kenangan. Selama lima tahun aku tertanya-tanya ke mana dia menghilang. Tanpa sepatah kata dan khabar berita. Entah di mana dia berada kini, aku sendiri tidak tahu.
Sehingga kini aku tidak tahu adakah aku sudah dilupakan? Atau adakah aku tidak pernah wujud dalam hidupnya? Apakah status hubungan kami kini? Aku juga tidak tahu kenapa selama lima tahun hati aku tidak pernah lagi terbuka untuk mana-mana lelaki. Aku tak pasti adakah hati aku masih menunggunya atau aku sebenarnya sudah berputus asa dengan cinta?
Persoalan demi persoalan ini tidak pernah pergi dari mindaku. Ianya seolah-olah akan terus menjadi persoalan sehinggalah suatu saat nanti aku menemukan semua jawapannya. Dan aku tidak tahu sampai bila ianya akan menjadi persoalan.

***

No comments:
Post a Comment